Followers

Wednesday, December 26, 2012

Oh lame betul! :P

Salam alaykum.

HAHA. Senanye taktahu nak letak tajuk apa sebab dah lama sangat tak bukak blog. Nak buat macamana, twitter lagi hot sekaghang ni :P


Setelah sekain lama menghilang, oh I mean, setelah sekian lama menghilang, tup tup aku dah 3rd year dah. Rasa macam baru semalam message papa cakap nak pindah university (typical -.-). Kalau semorang nak tahu, third year lah paling awesome! Sebab baru rasa ke-doktor-an lepas belajar macam macam penyakit. Alahh awesome awesome pun, banyak jugak kena hafal Nagwa oi!

This year memang kononnya nak busykan diri - tuition, tuition and tuition. Haha.

Tapi jadual dah tak pack sangat sebab dah catch up syllabus

Turun rumah pergi kuliyah pukul7.30 pagi, balik rumah 7.30 malam (busy la ni kan, ke tak?). Penat memang penat tapi worth laa kan, enjoy even tkebil kebil tahan ngantuk :p

Sejujurnya, kadang kadang ada juga rasa give up. Rasa "kenapa aku ambik medic padahal aku tahu je aku tak suka menghafal semua ni". Tapi cepat cepat tengok belah kiri meja. Zppp.


Tengok gambar mama papa  kaklong lah. Booster orang kata :p

Tajdid niat balik.

Kalau kat Uni Al-Azhar ni ada 8 subjek untuk 3rd year. 4 subjek medic dan 4 subjek agama (eh tak payah lah panjang sangat fuyyoo tuu lepas baca "subjek agama"). Sebab aku pun tak faham apa yang ustazah duk ajar kat kelas. Bila orang tanya habis tu macamana boleh pass exam? Should I answer "hafal last minute masa study week"? Agak agak orang percaya ke? Haaa percaya ke tak it's up to you sebab memang first and second year macam tu lah. Third year wallahu'alam. Hihi.

Medic - Pharmacology, Pathology, Microbiology, Parasitology.
Islamic - Al Quran (juz 28), Hadith, Tarikh Tasyri', Fiqah.




Oh pleaseee jangan tanya apa tu Tarikh Tasyri' sebab saya memang akan jawab "tak tahu".

I think I should stop sebab midsem tak lama dah, have to study. Doakan kami semua ok! :D

Wednesday, October 31, 2012

Lens Hood?

Assalamualaikum and hye everyone! :D

Seriously I don't know what I'm going to do, what I'm going to blog and etc etc.

Haha.

Okay lah macam ni. Haritu masa kat program blablabla ni ada someone tanya "akak, apa function ni senanye? saya tak bawak pun datang sini, tinggal kat malaysia" sambil tunjuk lens hood.

Nak cakap lebih lebih, saya takut fakta tetiba jadi auta pulak. Ni jujur.

Senang cakap,

"Utk menghalang kemasukan cahaya secara direct drpd matahari atau lampu. Ia sgt berguna especially apabila anda sedang mengambil gambar di bwh sinaran matahari atau lampu yg terik yg mana boleh mendatangkan kesan artifak yg mengganggu hasil akhir seperti flare, penurunan contrast serta penurunan kualiti imej."

Lagi satu function lens hood,

"Mengurangkan risiko pelanggaran objek lain pd elemen hadapan lens kita."


Okay. Gtg. Test menunggu! Bye.

sumber : ejadfotopoyo

Wednesday, September 19, 2012

Saturday, September 15, 2012

UPSR habis dah!!

Assalamualaikum.

*sedut hingus* eh silappp *tarik nafas*

Budak nak ambik SPM esok lusa cakap "UPSR senang je woi"
Budak darjah 5 cakap "errr cuaknya tahun depan dah nak UPSR"
Budak baru lepas exam UPSR pulak cakap "tolong doakan result kami pls?"

*****

Masa 2004 dulu boleh laa nak study sambil main pun. Dah nama pun zaman kegemilangan kan. Kalau sekarang ni nak buat macam tuu mahunya tak naik tahun -.- (okay nauzubillah)

Boleh imagine tak 71orang dalam satu kelas? Yesss, kelas aku dulu macam tuu lah. Tak dapat imagine? Hurm okay macam ni, macam ni.. Tiga kelas tu dia gabung jadi satu. And seat macam biasa lah duk dua orang macam tuu, kelas tuu macam half half lah, si kacak bergaya semua duk separuh belah kanan (amboii siap ingat lagi) and si cantik jelita confirm lah duk sebelah kiri.

Cikgu BM n Math orang sama tauu! Hebat! 3 papers dia kaut semua. Teacher English tu dia je yang selalu guna mic masa extra class petang-petang. Cikgu Science pulak, ya rabbi..dia suka sangat gosok belakang students even students perempuan, dia tu cikgu laki. Semua macam liuk lintuk geli bila disentuh. Hahaha. Tp overall memang cikgu cikgu awesome sangat. Berbaloi aku tukar sekolah :D

Rajin tahap maximum weh aku dulu. Pagi pagi matahari tak terbit lagi aku dah tercegat depan pintu nak pergi sekolah. Nenek aku tahan aku sebab tak bagi aku pergi, ye laaa, bahaya kot -.- (padahal nak pergi buat kerja sekolah yang tak siap kahkahkahh)
Lepas tu tengahari balik salin baju sebab ada extra class petang tuu. Then aku stay lagi lepas extra class, study la konon padahal duk enjoy dengan kawan-kawan sambil kenyit kenyit mata sambil minum air anggur kedai arwah Pokmat. Pui. Balik rumah dekat dekat maghrib dah. Lepas je tahiyat akhir maghrib (and also after doa) aku cepat cepat pakai tudung (termasuk baju n seluar) n buat muka comel mintak pakcik (Ngoh) aku hantar pergi sekolah. Ada extra class lagi! -.- Malam jumaat yang takda extra class pun aku sanggup pergi sampai kena marah dengan papa akibat terlampau rajin. Malam malam stay up sampai 3 pagi takpun bangun awal around 4 or 5 am.

Hebat tak? Hahahaa.

Ohh yang turut memeriahkan hidup aku apabila lepas habis kelas malam aku akan mintak nak bawak motor, tapi Ngoh wajib ada kat belakang. Kalau tak memang aku kecut perut! Siap pesan suruh dia pakai seluar, jangan pakai kain pelikat. Hahaha.

Pelik weh. Taktahu pasaipa aku enjoy sangat pergi sekolah zaman dulu kala.

Rasanya kena cari semangat macam tu balik. Kan dah nak masuk 3rd year dah tak lama lagi. Kalau still duk malas macam sekarang memang tempah maut namanya. Tskk T____T

Alrite. Untuk sepupu aku, Muhaimin Nizar, all the best for your becoming result. InshaAllah 5A's will be yours soon. Aameeennnn :D


Tuesday, July 31, 2012

New gadjet

Day 30.

Assalamualaikum! :D

Kalau ada yang perasan, wishlist kat sebelah dah ada yang dipotong. "new dslr". Hihi. D5000 dah selamat jual kat classmate, lepas balik Msia haritu zue angkut D7000. Saje jual nak beli yang baru, err mungkin sebab dah boring guna yang lama? Lol.

Mula-mula tuu nak beli D300, sama macam AD punya tapi tak jadi. Lepas tuu usha D90, katanya AD better ambik D7000. Survey punya survey, jumpa laa yang ni. Dia yang deal dengan tuan yang nak jual tuu, zue cuma bagi duit je. Malas nak berurusan, hihi.


Ehemm. Testing ambik gambar guna anak baru, tanpa edit secalit pun :D

Monday, July 30, 2012

Temptation

Day 29.

Salam alaykum :)

Finally, I'm updating my blog. Wowwww! Hihi. As we know, harini dah hari ke-10 kita menyambut ramadhan. Puasa tahun ni lain sikit dr tahun-tahun yang lepas. Sebab? Haaaa, sebab this year zue masak!

Okay sebenarnya 2 3 hari yang awal tuu lauk semua beli kat bazar, tak sempat nak prepare barang dapur lagi untuk memasak. Maklumlah, zue jejak Kelantan satu hari before ramadhan :p

Kalau sebelum ni tugas zue bila balik Msia hanya jadi driver sepenuh masa n buat kerja-kerja yang lain tp tahun ni dah up sikit dah. Hehee. Pergi cari lauk sendiri, masak sendiri, kemas sendiri. Rasa lain pulak bila berbuka dengan lauk sendiri. Rasa segan pun ada sebab takut rasa tak best. Hahahaa.


Gigih betul pergi cari ayam. Udang pulak siap pergi beli kat Tok Bali (ni papa punya idea, hehe)

***

Result.

Orang kata semalam dah keluar. Tapi takde.

Katanya harini. But still tak ditampal. Arab tu cakap lagi 3 hari. Wallahu'alam.

Tuesday, July 17, 2012

A day after tomorrow

Salam alaykum.

Day 15.

Bukro ba3da bukro. Haaaa.

Monday, July 9, 2012

Never assume, ask.



Just because you know the translation,
doesn't mean you know the meaning.

Never assume, ask.

Hangat-hangat tahi ayam.

Salam alaykum.

Day 8.

Hohh. Haritu kemain satu hari satu entry lah kononnnnnn. Tapi, bukan salah aku pun. Salah internet ni yang buat hal. Suspended selama 2 hari -.-'

Dah 3 hari aku shopping 6jam tanpa henti. 2jam terakhir tuu jalan macam orang mabuk, terhuyung hayang (okay, yang ni tipu sikit. sikit je). Tapi bukan aku pun yang shopping, temankan kawan sehidup semati beli segala barang yang ada dalam list dia tuu. Barang-barang aku kena tunggu ada duit dulu.

Baru 8 hari cuti tp dah start tachycardia dah. Mana taknyaa, next 2 weeks dah nak keluar result. Tu janji arab lah. Harapnya bukan janji kosong. Dan yang paling diharapkan, final this year takda sangkut-sangkut. Amiinnnn! Kalau tak, habislah rosak segala plan. Nauzubillah.

Winter. Al-Azhar University, Cairo.

Wednesday, July 4, 2012

Living here for hereafter

Salam alaykum.

Day 2

Nothing much I did today. Cuma baring-baring atas katil. Pusing kiri pusing kanan, cuba habiskan bacaan tp sebab td start petang dah, so sempat habis part Fend je.


"A change of perspective is good now and then. It makes you see things from a point of view that you've never thought before."

Tuesday, July 3, 2012

Asfour

Salam alaykum.

Day 1

Bangun tido pukul 9, nak gerak pukul 10. Niceeee! Kalau aku lelaki takpe lah, tak payah iron tudung, tak payah nak betulkan tudung senget blablablaaa.

Penat bak hang nak pegi sana. Almost 2 hours. Dr Sabi' naik tramco pegi Ramsis. Dr Ramsis naik metro pegi Shoubra. Then ambik cab pegi Asfour. Dah nama pun summer, confirm laa panas tahap tak boleh nak cerita kat orangggg, kena cuba datang sini dulu!

Sampai sana aku telan air liur je. Nak beli tak mampu. Sobs sobs.

Tapi macam tak aci lah aku telan air liur sensorang, meh telan air liur sama sama :P









Sampai sana je ramai kemain budak Malaysia. Aku ingat diorang buat lawatan sambil belajar ke apa sbb semua tengah pegang pen n kertas, rupa-rupanya kalau nak beli, kena tulis kod atas kertas yang dia sediakan then bagi kat kaunter. Bayar kat situ, ambik barang kat luar. Makanya, aku pun turut serta jadi budak-lawatan-sambil-belajar.

Monday, July 2, 2012

Tawakkaltu Alallah.


Tengok yang paling kiri tuu. Macam tak excited langsung habis final. LOL.

"Nak makan orang ye kak?"

"Tak lahh, nak makan perut manusia yang sihat supaya boleh ditukarkan dengan perutku yang tengah sakit!"

Monday, June 11, 2012

Bermula dari orang yang tak kenal sup bunjut.

2 tahun lepas..

"Kat sana dia makan macamana?"
"Dia masak sendiri. Ada turn masak dengan housemates dia"
"Pandai ke dia masak?" (sarkastikus)

********

Kalau bukan sebab datang Egypt, aku tak tahu bila aku boleh masak macam sekarang.

Kalau bukan sebab aku dapat exhousemates and housemates yg pandai masak, aku taktahu dengan siapa aku nak berguru.

Kalau bukan sebab ayat sarkastikus tu, mungkin tahap kerajinan aku masak tu tak setinggi sekarang.


Hihi. Betul, orang mengata buat kita jadi lagi kuat! :D

Friday, May 11, 2012

Booster

Salam alaykum.

Tak payah nak cari booster, tengok jam ni pun dah cukup naikkan semangat :')


Wednesday, May 9, 2012

Clearance saleee!

Salam alaykum.

Benarlah kata pepatah ; clearance sale punya pasal, buku ditinggalkan.

Ahh alasan!

Siapa tak "aaaaaaaaa nak nak nakkkk" kalau dah barang-barang semua LE20-LE70. Barang budak semua lah. Tapi memang yang tu aku nak cari. Yelahh since jadi auntie ni haruslah murah hati sikit :p

Salah satunya ada utk Nawal. Jengjengjengg!
Nak beli utk Nawal tp malangnya size besar -.-
Ntah apa benda la ni yang Kak Shaa kirim.
She's cuteeee!
Cuteeeeenya yang kanan tuuu. Eh?

Baju utk adults ada. Tapi still tak mampu beli sebab tengah nak jimat. Barang winter je semua. Baju belon tu LE150. Dah la lawaaaaaaa. Rugi tak beli. Sobs.

Next, Spinneys! Sebab another housie pesan suruh beli serai and soulmate kirim blablablaa. Malas nak list sebab banyak.

"Kak Eniii, ni serai nii!" "Ni bkn serai namanya" -.-
Macamana nak jadi isteri kalau serai pun boleh tertukar. Haih.

Sudahlah shopping, ayuh balik study! :D


Friday, May 4, 2012

So sweeeet!

Someone who really loves you will show you they want you, will prove that they need you, will remind you they love you. Will put you in the list, " To be in heaven,together,forever."
-DenaBahrin

Monday, April 23, 2012

Sleepless night

Bukan wordless wednesday.
Tapi blank sebab cuak final. Hehs. Do pray for me, please? :(


Monday, April 9, 2012

Kisah Pemuda Malas Solat

Islam itu mudah apabila..

Pertama,menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.

Bagaimana?

Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat-peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat.

Saya berikan contoh dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat. Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut. Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.
“ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.
Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain. Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat. Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya. Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut,

“Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”

Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.
“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?” 
“Permintaan apa itu wahai tuan?”
“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.
“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.
“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.
“Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.
“Benar Tuan Syeikh”
”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.
“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad?” Syeikh memohon jaminan daripadanya.
 “Aku berjanji akan menunaikannya”

Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya. Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut. Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad.

Seraya bertanya: “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”
Ahmad menjawab dengan yakin : “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini
“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”
“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”
“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.
 “Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”
“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.
“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”
“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.
“Ya benar Tuan”
“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.
Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan. Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut. Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah. Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.
“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”
“Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.
“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”
“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji.
“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.
“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat. Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah. Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.

source : DevianArt

Saturday, March 10, 2012

Ammu penipu!

Tipah tertipu banggg!

Okay. Dalam entry ni bukan Tipah, tapi kami semua, satu rumah. Tertipu dengan ammu tukang bersih tangga.

Al kisahnya mcm ni,

Dah banyak kali dah pun dia datang tekan loceng rumah nak kutip duit. Pasal tangga memang aku takde pengalaman sebab rumah lama aku guna lift. Class gituuuu :P Okay back to topic. Tiap kali datang ammu (means, pakcik) akan mintak le10. Kadang kadang pernah mintak sampai le20, katanya untuk 2 minggu. Fine lah. Memang betul pun, seminggu le10, kalau 2 minggu le20 lah. HAHA.

Tapi masalahnya sekarang, kenapa mahal sangat? Kenapa sampai le10 seminggu? Padahal nak cuci tangga tu pun guna air kitorang.

Mahal sangat, ammu. Mahal.

Pernah jugak kitorang mintak jangan cuci tangga depan rumah kitorang ni. Biar je kitorang cuci sendiri. Senang. Tak payah nak gaduh gaduh tiap kali mintak duit. So khalasss :D (khalas means settle)

Ting tongg!

Eh? Ammu ni lagi?

Leih? Hm. Aku try jugak cakap walaupun gagap. Just cakap takyah cuci tangga. Tapi dia cakap memang semua kena bayar. Memang semua dia akan cuci. Sort of, no excuses. Haaa. Dah tu macamana lagi. Nak taknak kena bayar lah. Dia mintak le20 sebab last week tak bayar. Tapi jujur aku cakap, tak suka tengok muka ammu ni. Macam tak jujur. Macam je, macam. Okay, husnuzon lagi.

Then masa tengah gaduh gaduh ngan ammu ni, makcik gila (pasal makcik ni akan ada entry lain pulak) turun. Aku ni dah bengkek dah. Dah la tengah bengang ngan ammu, kalau makcik ni datang nak buat hal lagi memang habis ahhh. Hmm. "Haram alayk!". Aik? Back up kitorang ye makcik? Bagus baguss. Ni yang kitorang suka nih. Aku yang kat depan pintu ni tengok je lah, cuba memahami apa yang dia cakap. Ada yang faham, ada yang tak. Tapi overall nya memang aku faham.

Aku faham yang ammu tuu sebenarnya tipu! Grrrr. Makcik tu cakap seminggu hanya le2. Bukan le10! Memang patut pun haram alayk! Haaa hamek kauu. Kan dah kantoi. So aku dengan senang hatinya bayar le4. HEHE. Thankyou makcik :*

Eh kejap kejapp. Kemarahan aku tak stop lagi ni.

Sebab?

Ye ye. Nak cerita la ni, sebab dia mintak nak air. Orang lambat skit pun kecoh tekan loceng banyak banyak kali. Sakit hati wooo.

Harapnya minggu minggu depan dia mintak le2 sahaja, bukan le10 lagi dah :D