Followers
Wednesday, September 19, 2012
Saturday, September 15, 2012
UPSR habis dah!!
Assalamualaikum.
*sedut hingus* eh silappp *tarik nafas*
Budak nak ambik SPM esok lusa cakap "UPSR senang je woi"
Budak darjah 5 cakap "errr cuaknya tahun depan dah nak UPSR"
Budak baru lepas exam UPSR pulak cakap "tolong doakan result kami pls?"
*****
Masa 2004 dulu boleh laa nak study sambil main pun. Dah nama pun zaman kegemilangan kan. Kalau sekarang ni nak buat macam tuu mahunya tak naik tahun -.- (okay nauzubillah)
Boleh imagine tak 71orang dalam satu kelas? Yesss, kelas aku dulu macam tuu lah. Tak dapat imagine? Hurm okay macam ni, macam ni.. Tiga kelas tu dia gabung jadi satu. And seat macam biasa lah duk dua orang macam tuu, kelas tuu macam half half lah, si kacak bergaya semua duk separuh belah kanan (amboii siap ingat lagi) and si cantik jelita confirm lah duk sebelah kiri.
Cikgu BM n Math orang sama tauu! Hebat! 3 papers dia kaut semua. Teacher English tu dia je yang selalu guna mic masa extra class petang-petang. Cikgu Science pulak, ya rabbi..dia suka sangat gosok belakang students even students perempuan, dia tu cikgu laki. Semua macam liuk lintuk geli bila disentuh. Hahaha. Tp overall memang cikgu cikgu awesome sangat. Berbaloi aku tukar sekolah :D
Rajin tahap maximum weh aku dulu. Pagi pagi matahari tak terbit lagi aku dah tercegat depan pintu nak pergi sekolah. Nenek aku tahan aku sebab tak bagi aku pergi, ye laaa, bahaya kot -.- (padahal nak pergi buat kerja sekolah yang tak siap kahkahkahh)
Lepas tu tengahari balik salin baju sebab ada extra class petang tuu. Then aku stay lagi lepas extra class, study la konon padahal duk enjoy dengan kawan-kawan sambil kenyit kenyit mata sambil minum air anggur kedai arwah Pokmat. Pui. Balik rumah dekat dekat maghrib dah. Lepas je tahiyat akhir maghrib (and also after doa) aku cepat cepat pakai tudung (termasuk baju n seluar) n buat muka comel mintak pakcik (Ngoh) aku hantar pergi sekolah. Ada extra class lagi! -.- Malam jumaat yang takda extra class pun aku sanggup pergi sampai kena marah dengan papa akibat terlampau rajin. Malam malam stay up sampai 3 pagi takpun bangun awal around 4 or 5 am.
Hebat tak? Hahahaa.
Ohh yang turut memeriahkan hidup aku apabila lepas habis kelas malam aku akan mintak nak bawak motor, tapi Ngoh wajib ada kat belakang. Kalau tak memang aku kecut perut! Siap pesan suruh dia pakai seluar, jangan pakai kain pelikat. Hahaha.
Pelik weh. Taktahu pasaipa aku enjoy sangat pergi sekolah zaman dulu kala.
Rasanya kena cari semangat macam tu balik. Kan dah nak masuk 3rd year dah tak lama lagi. Kalau still duk malas macam sekarang memang tempah maut namanya. Tskk T____T
Alrite. Untuk sepupu aku, Muhaimin Nizar, all the best for your becoming result. InshaAllah 5A's will be yours soon. Aameeennnn :D
Subscribe to:
Posts (Atom)