Followers

Saturday, March 10, 2012

Ammu penipu!

Tipah tertipu banggg!

Okay. Dalam entry ni bukan Tipah, tapi kami semua, satu rumah. Tertipu dengan ammu tukang bersih tangga.

Al kisahnya mcm ni,

Dah banyak kali dah pun dia datang tekan loceng rumah nak kutip duit. Pasal tangga memang aku takde pengalaman sebab rumah lama aku guna lift. Class gituuuu :P Okay back to topic. Tiap kali datang ammu (means, pakcik) akan mintak le10. Kadang kadang pernah mintak sampai le20, katanya untuk 2 minggu. Fine lah. Memang betul pun, seminggu le10, kalau 2 minggu le20 lah. HAHA.

Tapi masalahnya sekarang, kenapa mahal sangat? Kenapa sampai le10 seminggu? Padahal nak cuci tangga tu pun guna air kitorang.

Mahal sangat, ammu. Mahal.

Pernah jugak kitorang mintak jangan cuci tangga depan rumah kitorang ni. Biar je kitorang cuci sendiri. Senang. Tak payah nak gaduh gaduh tiap kali mintak duit. So khalasss :D (khalas means settle)

Ting tongg!

Eh? Ammu ni lagi?

Leih? Hm. Aku try jugak cakap walaupun gagap. Just cakap takyah cuci tangga. Tapi dia cakap memang semua kena bayar. Memang semua dia akan cuci. Sort of, no excuses. Haaa. Dah tu macamana lagi. Nak taknak kena bayar lah. Dia mintak le20 sebab last week tak bayar. Tapi jujur aku cakap, tak suka tengok muka ammu ni. Macam tak jujur. Macam je, macam. Okay, husnuzon lagi.

Then masa tengah gaduh gaduh ngan ammu ni, makcik gila (pasal makcik ni akan ada entry lain pulak) turun. Aku ni dah bengkek dah. Dah la tengah bengang ngan ammu, kalau makcik ni datang nak buat hal lagi memang habis ahhh. Hmm. "Haram alayk!". Aik? Back up kitorang ye makcik? Bagus baguss. Ni yang kitorang suka nih. Aku yang kat depan pintu ni tengok je lah, cuba memahami apa yang dia cakap. Ada yang faham, ada yang tak. Tapi overall nya memang aku faham.

Aku faham yang ammu tuu sebenarnya tipu! Grrrr. Makcik tu cakap seminggu hanya le2. Bukan le10! Memang patut pun haram alayk! Haaa hamek kauu. Kan dah kantoi. So aku dengan senang hatinya bayar le4. HEHE. Thankyou makcik :*

Eh kejap kejapp. Kemarahan aku tak stop lagi ni.

Sebab?

Ye ye. Nak cerita la ni, sebab dia mintak nak air. Orang lambat skit pun kecoh tekan loceng banyak banyak kali. Sakit hati wooo.

Harapnya minggu minggu depan dia mintak le2 sahaja, bukan le10 lagi dah :D