Followers

Wednesday, March 20, 2013

Rest well, my dear superhero.

Salam alaykum. Hello readers!

*****

6th February 2013.

Whatsapp kaklong, "long, suruh mama call"

5 mins later,

Kring kringgg..

"Assalamualaikum deq, kaklong kata adeq suruh call?" suara papa macam tak larat gitu tp papa dah biasa mcm tu
"Wslm, papa. haah, nak skype. hehee. mama ada?"
"Ohh nak skype? okay, ada. jap. mamaa!!"
"Haa deq, nak skype? okay malam nanti kita skype k"
"Okayy"

Sejam kemudian..

"Adekkkk, macamana adek nak balik ni? papa dah takde..." sepanjang papa sakit ni first time tengok mama nangis.
"Mamaaa, serious lahhh?!"
"Ye dek, baru je"
"Macamana boleh takde?"
"Papa cakap papa pening, kejap lepas tu takde dah"
"Ok ma. Adek balik"

*The rest is history*

Yang ditakutkkan selama ni dah tiba, I was like "macamana nak bg reaksi depan semorang, macamana nak bagitahu housemates, classmates, macamana nak bg respond once jumpa family nanti" dan yg paling buntu "macamana nak blagak cool bila bdepan dgn papa?" dan sebelum tuu "sempat ke tak aku jumpa papa". Soalan ni senanye dah lama bermain ni kotak fikiran cuma on that day nak taknak I have to make the decision.

Macamana nak beli ticket Cai-Kul, ticket domestic, and blablablaa langsung tak jd masalah pun. Semua tu macam spontaneous. Idea keluar memain camtu je nak call orang tu orang ni untuk mintak tolong dan Alhamdulillah orang yg aku call semua sudi mbantu. Alhamdulillah, Allah dah permudahkan.

Jawapan kepada soalan tadi ;

Macamana bagitahu housemates? - Whatsapp Umi sebagai wakil housemates yg lain, whatsapp Anis sebab kebetulan dia ada kat rumah dan dia tegur aku masa aku nak keluar rumah waiting for someone kat depan rumah (ya Allah, serious lah masa tuu macam orang tak betul, selekeh stage 4 memang tak peduli apa dah). Message Syifa' masa otw pergi airport. Sengaja bagitahu lambat sebab aku taknak jumpa sesape. Dalam msg tu siap pesan "jgn call nanti sebak :p"
Tanyalah sesiapa yg jumpa aku masa tuu, split personality betul rasanya. Depan ammu kedai tu siap garang macam singa sebab nak topup cepat, depan housemates blagak cool dengan buat lawak bodoh, depan budak budak agent (banin) macam heartless gitu hanya mampu senyum hambar.

7th February 2013.
Still, belum ada jawapan bg soalan last. Aku tak decide apa apa. Masa tu buntu tuhan je yg tahu. Kalau jumpa aku takut aku paling tak boleh nak terima, kalau tak jumpa pulak aku takut aku menyesal, sumpah weh buntuuuu -.- Cai-Abu Dhabi-Kul jadi saksi perempuan bernama Zu Ain Najwa ni kejap oke kejap nangis. Klimaksnya di KLIA dekat public phone "blablablaaa, hmm takpelah mama....simpanlah dulu, takyah tunggu adek...." T____T (nasib baik tak pengsan)
Orang sekeliling time tu semua tengok semacam, heran agaknya kenapa perempuan ni berjubah hitam muka macam kena sengat tebuan mata pula merah bengkak tahap gaban. Hmm.
(awak, thanks sebab sudi menjadi pendengar dan penasihat setia sepanjang perjalanan)

Macamana nak bdepan dgn family? - Syukur sangat sangat Allah beri kekuatan, langsung tak titiskan airmata once sampai Kelantan. Mungkin ni lah hikmah. Kalau aku sempat jumpa arwah, mungkin aku lah yg paling lemah sampai sekarang. Hm wallahu'alam.

Gambar top left di Abu Dhabi, bottom left di KLIA (told ya, itu klimaks and fyi, tangkap gambar setelah meredakan diri sendiri, tangkap gambar kononnya cuba cari kekuatan) dan belah kanan tu di airport Pengkalan Chepa

Wish to write everything tapi masa tak cukup, sambung lain kali inshaAllah.

Dan untuk kalian, terima kasih atas doanya. Nanti ada masa nak printscreen segala ucapan takziah and etc supaya tak lupa, supaya tiada alasan untuk jatuh.

Till we meet again, salam.

Wednesday, December 26, 2012

Oh lame betul! :P

Salam alaykum.

HAHA. Senanye taktahu nak letak tajuk apa sebab dah lama sangat tak bukak blog. Nak buat macamana, twitter lagi hot sekaghang ni :P


Setelah sekain lama menghilang, oh I mean, setelah sekian lama menghilang, tup tup aku dah 3rd year dah. Rasa macam baru semalam message papa cakap nak pindah university (typical -.-). Kalau semorang nak tahu, third year lah paling awesome! Sebab baru rasa ke-doktor-an lepas belajar macam macam penyakit. Alahh awesome awesome pun, banyak jugak kena hafal Nagwa oi!

This year memang kononnya nak busykan diri - tuition, tuition and tuition. Haha.

Tapi jadual dah tak pack sangat sebab dah catch up syllabus

Turun rumah pergi kuliyah pukul7.30 pagi, balik rumah 7.30 malam (busy la ni kan, ke tak?). Penat memang penat tapi worth laa kan, enjoy even tkebil kebil tahan ngantuk :p

Sejujurnya, kadang kadang ada juga rasa give up. Rasa "kenapa aku ambik medic padahal aku tahu je aku tak suka menghafal semua ni". Tapi cepat cepat tengok belah kiri meja. Zppp.


Tengok gambar mama papa  kaklong lah. Booster orang kata :p

Tajdid niat balik.

Kalau kat Uni Al-Azhar ni ada 8 subjek untuk 3rd year. 4 subjek medic dan 4 subjek agama (eh tak payah lah panjang sangat fuyyoo tuu lepas baca "subjek agama"). Sebab aku pun tak faham apa yang ustazah duk ajar kat kelas. Bila orang tanya habis tu macamana boleh pass exam? Should I answer "hafal last minute masa study week"? Agak agak orang percaya ke? Haaa percaya ke tak it's up to you sebab memang first and second year macam tu lah. Third year wallahu'alam. Hihi.

Medic - Pharmacology, Pathology, Microbiology, Parasitology.
Islamic - Al Quran (juz 28), Hadith, Tarikh Tasyri', Fiqah.




Oh pleaseee jangan tanya apa tu Tarikh Tasyri' sebab saya memang akan jawab "tak tahu".

I think I should stop sebab midsem tak lama dah, have to study. Doakan kami semua ok! :D

Wednesday, October 31, 2012

Lens Hood?

Assalamualaikum and hye everyone! :D

Seriously I don't know what I'm going to do, what I'm going to blog and etc etc.

Haha.

Okay lah macam ni. Haritu masa kat program blablabla ni ada someone tanya "akak, apa function ni senanye? saya tak bawak pun datang sini, tinggal kat malaysia" sambil tunjuk lens hood.

Nak cakap lebih lebih, saya takut fakta tetiba jadi auta pulak. Ni jujur.

Senang cakap,

"Utk menghalang kemasukan cahaya secara direct drpd matahari atau lampu. Ia sgt berguna especially apabila anda sedang mengambil gambar di bwh sinaran matahari atau lampu yg terik yg mana boleh mendatangkan kesan artifak yg mengganggu hasil akhir seperti flare, penurunan contrast serta penurunan kualiti imej."

Lagi satu function lens hood,

"Mengurangkan risiko pelanggaran objek lain pd elemen hadapan lens kita."


Okay. Gtg. Test menunggu! Bye.

sumber : ejadfotopoyo