Followers

Friday, January 18, 2019

Upgrading The Tittle

Assalamualaikum.

Fuhh its been a long time since my last post! LOL.
Lama punya lama, sampai dah jadi mak dah sekarang ni. Sebab tu rasa terpanggil utk blog. Tak lama lagi Zue akan start kerja. Lagi busy dan lagi berkurang quality time Zue dgn family esp husband & anak. So Zue nak share dan compile everything kat sini supaya tak lupa hehe.

Okay now let me introduce my little baby, Yusuf Nadim bin Muhammad Aqwa Diniy.

Later i'll share pengalaman bersalin and etc ok? Yg ni anggap lah post nak kasi warm up dulu. Nak ambik balik feel blogging 😂

Thursday, April 20, 2017

Better late than never

Sebelum tidur dah plan siap siap before subuh kena jugak bangun sahur. Nak puasa tp kalau tak sahur nanti takut kena gastritis pula, tsk. Makanya gigih laa set alarm pukul 3 pagi. Awal kan nak bangun sahur even lauk dah siap masak?

Nak buat macamana, puasa kat mesir memang macam ni laa gayanya, sahur kena awal sebab subuh pukul 3.55 pagi. Ya ampunn, pening kepala lebih lebih lagi since dah jadi orang bini orang tahun lepas. Samada terawih ataupun bangun sahur. Hahaha. Tu belum cakap waktu berbuka lagi. In short, tempoh puasa kat mesir panjang berbanding malaysia.

Nak dijadikan cerita, sebelum tidur tu banyak sangat duk gelak gelak dgn QD so bila tidur tu sakan laaa mimpi macam macam sampai alarm pun tak dengar. Sedar sedar je dah 3.41 pagi! Ya Rabb! Ottoke. Tangan ni laju je capai botor air mineral tepi katil. Sambil minum sambil fikir sempat lg tak if nak makan nasi. Fikir punya fikir dalam masa seminit aku bangun dr katil pergi dapur cedok nasi. Tanpa niat nak diet, aku makan nasi satu senduk je dgn lauk sikit sbb nak cepat punya pasal. Makan makan makan pastu terus minum air. Gulppp. Azan. Fuh nasib baik weh!

After subuh tu naik katil balik sebab rasa malas nak study, nak mandi bsiap g kelas pun awal lagi. Biasa keluar rumah pkl 6.50 pg sebab nak kejar bas. Paling paling lambat pun pkl 7.30 kalau naik tramco (van bebudak kelas). Hmm tahu tahu lah bila naik katil je mata ni macamana. Confirm tertidur! Takpe, ada sejam lagi before pkl 5.15. 5.15 am nanti boleh laa bangun bersiap. Mandi, iron baju and etc.

*ALARM*

*snooze separa sedar*

*ALARM*

*snooze lagi*

Macamana ntah tetibe tersedar. Duhh! 7.30! Matilanak. Kelas pukul 8. Tramco pun dah nak jalan, bas apatah lagi. Nak g kelas ke tak ni. Cepat cepat kejut QD

"b, aaaaa dah 7.30, syg tlambat g kelas!"
"Laa macamana boleh lambat ni? Dah dah cepat g bsiap. Pakai baju yg takyah iron. Crepe ke.."

Part bagi idea pakai baju takyah iron tu dah bagus dah. Tp part "crepe" tu nak tgelak pun ada. Crepe kena iron bang.

Zasss. Siap!

Nak request uber, uber mahal. Careem pulak lambat sangat. Last last blari naik taxi. So yeah, lambat setengah jam masuk kelas. Kelas first pun dah habis. Sorry doctor! First time lambat ni. Hahaha. Harapnya benda sama tak berulang lah masa ramadhan nanti. Tlg doakan!

Monday, July 27, 2015

Little Monster

Jaga jaga. Empunya blog ini kembali gila untuk menulis entri seberapa banyak yang dia mahu. Lebih lebih lagi cerita pasal Mesir. Maklumlah, tinggal lagi 2 tahun lebih di bumi suci dalam debu itu. Dah habis belajar nanti rindu pula (hehs!)

Nantikan.


Thursday, January 2, 2014

First page.


Assalamualaikum.

Sebelum ni tak update sebab rasa dah muak bercerita dekat org. Tapi lately rasa banyak benda tak terluah so apa lagi, blog laaah jawapannya hahha!

Rasanya sepanjang hidup ni (cer teka dah bape tahun kite hidup), last year aaa paling mencabar, paling kuat diuji fizikal mental ceyy. Yang kena uji tu kite simpan elok elok ceritanya dalam diary kasi ada privacy gitu. Meh kite cerita yang best best je.

"Jom update wishlist"

Antara top 5 wishlist aku semestinya pasal Quezera (--collections k not --photography sbb kite mmg out terus bab photography ni ekeke). Kononnya tahun ni nak start serious dengan business. Buat apa penat lelah satu hari esok lusa kau buat derk lepas tu serious balik lepas tu main main balik, ok serious penat! Zzzz. So alangkah bagusnya aku istiqamah (islamik skit bunyinya), focus sejam dua per day je pun dah okay dari aku tinggal terus. Enjoy pun enjoy bila buat benda yang kita suka.

Ye laa, dulu dulu tak boleh nak aim jadi businesswoman sebab takde syarikat sendiri sobs sobs.

Buat benda yang memang kena buat & buat benda kita suka.

Medic & Business -- 2 benda berbeza tapi sangatlahhh kena focus + rajin + istiqamah.

Tahun ni plannye nak up kan Quezera. Mohon doa semua supaya aku sedar diri sikit tak tido lama lama sangat macam sebelum ni LOL.

Dan Alhamdulillah, malam tahun baru sangatlah menakjubkan. Permulaan yang bagus yayy!


Wednesday, June 19, 2013

Fluctuant

Location : Meeting Point, New Cairo

Sampai satu tahap aku menangis dihina bukan kerana pahitnya kata kata
tapi kesal dek perangai keji manusia

Saturday, April 13, 2013

Congrats Ana!

Salam alaykum and hi readers! (bajet retis sikit even dah tahu takde readers pun senanye haha)

Al kisahnya dua orang sahabat yg baru lepas SPM syok chatting pasal ... hmm, pasal kawen :p

**March 2010**

a : takpe lepas ni kita study betul betul then aku nak kawen awal haha
z : berehh aku pun nak kawen awal jugak baru tak serabut sikit haha
a : haah memang pun. nak cari yang dah keje dah baru boleh tanggung kita study hahaha
z : haha aku takpe je mana mana asalkan dia pandai hidup. kuikuikui
a : yeahh let's fight for it!
z : tapi aku nak majlis aku grand sikit. so kena cari duit dulu
a : haha nanti nak kawen, ajak aku eh
z : wajib aaaa! tapi aku takut mg je busy duk jaga anak :p
a : ehh aku tak kawen lagi masa tuu, kan mg yang kawen dulu (haha sebab plannye antara zue, eza n ana ni zue yg kawen dulu sebab paling muda, zue - ana - eza)
z : alaaa kite tengok je laa nanti siapa yang kawen dulu

Menyesalnya woii tak cakap nak "kawen awal" dulu. Hahaha. Ana dah selamat dah dengan "impian budak sekolah" dia tuu. Memang dapat pun yang dia cakap - nak kawen awal, nak cari yang dah keje (bakal husband dia baru habis belajar medic).
Dan aku rasa betul la tuu, masa aku kawen dia busy duk jaga anak! Haha.


Zaman sekolah yang diisi dengan kenangan bersama Ana & Eza. Ececeyy.

*****


"Eza, Ana dah, kite bila? Ekekeke" "Hihi kite rileks duluuuu"


"Cepat cepat laa eh korang! Meh jadi macam aku ni, nak kawen dahh. Peaceee!" :p


"Nanti aaaa, tahu laa dah ada orang nak kannnn, hmm takpe ana! Takpe!"


"Ana kawen awal tinggal kitorang ni ibarat dia naik bas baru pegi pantai tinggal kitorg yang naik bas lama rosak tepi jalan"


"Amboiii sedap je kutuk aku kan! Hmm"


"Alaaa chill laa Ana. Gurau je aaa. Nanti dah kawen takleh dah gurau camni haha"


"Jom Eza g Kg Pulau Gajah 31May ni"


"Ehh tapi aku tak boleh pegi.. Jauh.. Tak balik lagi masa tuuu" :(


"Eza je yang dapat attend Ana's big day"


"Takpe laa anggap je aku ada sekali k. Jauh dimata dekat dihati. Hahahaha"

*****

Andddd lasttt skali,

Sorryyyy sangat sangat I couldn't be there on your wedding day, but I really feel so happy for you two (ehemm btw, you two really look so beautiful together), here's me wishing you all the best of health, happiness and prosperity for your married life :)
Be a good wifey. Utk Dr Hafizan, jaga Ana baik baik! Haha.

Eza, nanti buat live update thru whatsapp, viber or wtv k. Wajib! :p Nanti aku balik inshaAllah kalau ada rezeki kita celebrate sama sama plak. Hehe.


 Bye. Xx.

Wednesday, March 20, 2013

Rest well, my dear superhero.

Salam alaykum. Hello readers!

*****

6th February 2013.

Whatsapp kaklong, "long, suruh mama call"

5 mins later,

Kring kringgg..

"Assalamualaikum deq, kaklong kata adeq suruh call?" suara papa macam tak larat gitu tp papa dah biasa mcm tu
"Wslm, papa. haah, nak skype. hehee. mama ada?"
"Ohh nak skype? okay, ada. jap. mamaa!!"
"Haa deq, nak skype? okay malam nanti kita skype k"
"Okayy"

Sejam kemudian..

"Adekkkk, macamana adek nak balik ni? papa dah takde..." sepanjang papa sakit ni first time tengok mama nangis.
"Mamaaa, serious lahhh?!"
"Ye dek, baru je"
"Macamana boleh takde?"
"Papa cakap papa pening, kejap lepas tu takde dah"
"Ok ma. Adek balik"

*The rest is history*

Yang ditakutkkan selama ni dah tiba, I was like "macamana nak bg reaksi depan semorang, macamana nak bagitahu housemates, classmates, macamana nak bg respond once jumpa family nanti" dan yg paling buntu "macamana nak blagak cool bila bdepan dgn papa?" dan sebelum tuu "sempat ke tak aku jumpa papa". Soalan ni senanye dah lama bermain ni kotak fikiran cuma on that day nak taknak I have to make the decision.

Macamana nak beli ticket Cai-Kul, ticket domestic, and blablablaa langsung tak jd masalah pun. Semua tu macam spontaneous. Idea keluar memain camtu je nak call orang tu orang ni untuk mintak tolong dan Alhamdulillah orang yg aku call semua sudi mbantu. Alhamdulillah, Allah dah permudahkan.

Jawapan kepada soalan tadi ;

Macamana bagitahu housemates? - Whatsapp Umi sebagai wakil housemates yg lain, whatsapp Anis sebab kebetulan dia ada kat rumah dan dia tegur aku masa aku nak keluar rumah waiting for someone kat depan rumah (ya Allah, serious lah masa tuu macam orang tak betul, selekeh stage 4 memang tak peduli apa dah). Message Syifa' masa otw pergi airport. Sengaja bagitahu lambat sebab aku taknak jumpa sesape. Dalam msg tu siap pesan "jgn call nanti sebak :p"
Tanyalah sesiapa yg jumpa aku masa tuu, split personality betul rasanya. Depan ammu kedai tu siap garang macam singa sebab nak topup cepat, depan housemates blagak cool dengan buat lawak bodoh, depan budak budak agent (banin) macam heartless gitu hanya mampu senyum hambar.

7th February 2013.
Still, belum ada jawapan bg soalan last. Aku tak decide apa apa. Masa tu buntu tuhan je yg tahu. Kalau jumpa aku takut aku paling tak boleh nak terima, kalau tak jumpa pulak aku takut aku menyesal, sumpah weh buntuuuu -.- Cai-Abu Dhabi-Kul jadi saksi perempuan bernama Zu Ain Najwa ni kejap oke kejap nangis. Klimaksnya di KLIA dekat public phone "blablablaaa, hmm takpelah mama....simpanlah dulu, takyah tunggu adek...." T____T (nasib baik tak pengsan)
Orang sekeliling time tu semua tengok semacam, heran agaknya kenapa perempuan ni berjubah hitam muka macam kena sengat tebuan mata pula merah bengkak tahap gaban. Hmm.
(awak, thanks sebab sudi menjadi pendengar dan penasihat setia sepanjang perjalanan)

Macamana nak bdepan dgn family? - Syukur sangat sangat Allah beri kekuatan, langsung tak titiskan airmata once sampai Kelantan. Mungkin ni lah hikmah. Kalau aku sempat jumpa arwah, mungkin aku lah yg paling lemah sampai sekarang. Hm wallahu'alam.

Gambar top left di Abu Dhabi, bottom left di KLIA (told ya, itu klimaks and fyi, tangkap gambar setelah meredakan diri sendiri, tangkap gambar kononnya cuba cari kekuatan) dan belah kanan tu di airport Pengkalan Chepa

Wish to write everything tapi masa tak cukup, sambung lain kali inshaAllah.

Dan untuk kalian, terima kasih atas doanya. Nanti ada masa nak printscreen segala ucapan takziah and etc supaya tak lupa, supaya tiada alasan untuk jatuh.

Till we meet again, salam.

Wednesday, December 26, 2012

Oh lame betul! :P

Salam alaykum.

HAHA. Senanye taktahu nak letak tajuk apa sebab dah lama sangat tak bukak blog. Nak buat macamana, twitter lagi hot sekaghang ni :P


Setelah sekain lama menghilang, oh I mean, setelah sekian lama menghilang, tup tup aku dah 3rd year dah. Rasa macam baru semalam message papa cakap nak pindah university (typical -.-). Kalau semorang nak tahu, third year lah paling awesome! Sebab baru rasa ke-doktor-an lepas belajar macam macam penyakit. Alahh awesome awesome pun, banyak jugak kena hafal Nagwa oi!

This year memang kononnya nak busykan diri - tuition, tuition and tuition. Haha.

Tapi jadual dah tak pack sangat sebab dah catch up syllabus

Turun rumah pergi kuliyah pukul7.30 pagi, balik rumah 7.30 malam (busy la ni kan, ke tak?). Penat memang penat tapi worth laa kan, enjoy even tkebil kebil tahan ngantuk :p

Sejujurnya, kadang kadang ada juga rasa give up. Rasa "kenapa aku ambik medic padahal aku tahu je aku tak suka menghafal semua ni". Tapi cepat cepat tengok belah kiri meja. Zppp.


Tengok gambar mama papa  kaklong lah. Booster orang kata :p

Tajdid niat balik.

Kalau kat Uni Al-Azhar ni ada 8 subjek untuk 3rd year. 4 subjek medic dan 4 subjek agama (eh tak payah lah panjang sangat fuyyoo tuu lepas baca "subjek agama"). Sebab aku pun tak faham apa yang ustazah duk ajar kat kelas. Bila orang tanya habis tu macamana boleh pass exam? Should I answer "hafal last minute masa study week"? Agak agak orang percaya ke? Haaa percaya ke tak it's up to you sebab memang first and second year macam tu lah. Third year wallahu'alam. Hihi.

Medic - Pharmacology, Pathology, Microbiology, Parasitology.
Islamic - Al Quran (juz 28), Hadith, Tarikh Tasyri', Fiqah.




Oh pleaseee jangan tanya apa tu Tarikh Tasyri' sebab saya memang akan jawab "tak tahu".

I think I should stop sebab midsem tak lama dah, have to study. Doakan kami semua ok! :D

Wednesday, October 31, 2012

Lens Hood?

Assalamualaikum and hye everyone! :D

Seriously I don't know what I'm going to do, what I'm going to blog and etc etc.

Haha.

Okay lah macam ni. Haritu masa kat program blablabla ni ada someone tanya "akak, apa function ni senanye? saya tak bawak pun datang sini, tinggal kat malaysia" sambil tunjuk lens hood.

Nak cakap lebih lebih, saya takut fakta tetiba jadi auta pulak. Ni jujur.

Senang cakap,

"Utk menghalang kemasukan cahaya secara direct drpd matahari atau lampu. Ia sgt berguna especially apabila anda sedang mengambil gambar di bwh sinaran matahari atau lampu yg terik yg mana boleh mendatangkan kesan artifak yg mengganggu hasil akhir seperti flare, penurunan contrast serta penurunan kualiti imej."

Lagi satu function lens hood,

"Mengurangkan risiko pelanggaran objek lain pd elemen hadapan lens kita."


Okay. Gtg. Test menunggu! Bye.

sumber : ejadfotopoyo

Wednesday, September 19, 2012

Saturday, September 15, 2012

UPSR habis dah!!

Assalamualaikum.

*sedut hingus* eh silappp *tarik nafas*

Budak nak ambik SPM esok lusa cakap "UPSR senang je woi"
Budak darjah 5 cakap "errr cuaknya tahun depan dah nak UPSR"
Budak baru lepas exam UPSR pulak cakap "tolong doakan result kami pls?"

*****

Masa 2004 dulu boleh laa nak study sambil main pun. Dah nama pun zaman kegemilangan kan. Kalau sekarang ni nak buat macam tuu mahunya tak naik tahun -.- (okay nauzubillah)

Boleh imagine tak 71orang dalam satu kelas? Yesss, kelas aku dulu macam tuu lah. Tak dapat imagine? Hurm okay macam ni, macam ni.. Tiga kelas tu dia gabung jadi satu. And seat macam biasa lah duk dua orang macam tuu, kelas tuu macam half half lah, si kacak bergaya semua duk separuh belah kanan (amboii siap ingat lagi) and si cantik jelita confirm lah duk sebelah kiri.

Cikgu BM n Math orang sama tauu! Hebat! 3 papers dia kaut semua. Teacher English tu dia je yang selalu guna mic masa extra class petang-petang. Cikgu Science pulak, ya rabbi..dia suka sangat gosok belakang students even students perempuan, dia tu cikgu laki. Semua macam liuk lintuk geli bila disentuh. Hahaha. Tp overall memang cikgu cikgu awesome sangat. Berbaloi aku tukar sekolah :D

Rajin tahap maximum weh aku dulu. Pagi pagi matahari tak terbit lagi aku dah tercegat depan pintu nak pergi sekolah. Nenek aku tahan aku sebab tak bagi aku pergi, ye laaa, bahaya kot -.- (padahal nak pergi buat kerja sekolah yang tak siap kahkahkahh)
Lepas tu tengahari balik salin baju sebab ada extra class petang tuu. Then aku stay lagi lepas extra class, study la konon padahal duk enjoy dengan kawan-kawan sambil kenyit kenyit mata sambil minum air anggur kedai arwah Pokmat. Pui. Balik rumah dekat dekat maghrib dah. Lepas je tahiyat akhir maghrib (and also after doa) aku cepat cepat pakai tudung (termasuk baju n seluar) n buat muka comel mintak pakcik (Ngoh) aku hantar pergi sekolah. Ada extra class lagi! -.- Malam jumaat yang takda extra class pun aku sanggup pergi sampai kena marah dengan papa akibat terlampau rajin. Malam malam stay up sampai 3 pagi takpun bangun awal around 4 or 5 am.

Hebat tak? Hahahaa.

Ohh yang turut memeriahkan hidup aku apabila lepas habis kelas malam aku akan mintak nak bawak motor, tapi Ngoh wajib ada kat belakang. Kalau tak memang aku kecut perut! Siap pesan suruh dia pakai seluar, jangan pakai kain pelikat. Hahaha.

Pelik weh. Taktahu pasaipa aku enjoy sangat pergi sekolah zaman dulu kala.

Rasanya kena cari semangat macam tu balik. Kan dah nak masuk 3rd year dah tak lama lagi. Kalau still duk malas macam sekarang memang tempah maut namanya. Tskk T____T

Alrite. Untuk sepupu aku, Muhaimin Nizar, all the best for your becoming result. InshaAllah 5A's will be yours soon. Aameeennnn :D


Tuesday, July 31, 2012

New gadjet

Day 30.

Assalamualaikum! :D

Kalau ada yang perasan, wishlist kat sebelah dah ada yang dipotong. "new dslr". Hihi. D5000 dah selamat jual kat classmate, lepas balik Msia haritu zue angkut D7000. Saje jual nak beli yang baru, err mungkin sebab dah boring guna yang lama? Lol.

Mula-mula tuu nak beli D300, sama macam AD punya tapi tak jadi. Lepas tuu usha D90, katanya AD better ambik D7000. Survey punya survey, jumpa laa yang ni. Dia yang deal dengan tuan yang nak jual tuu, zue cuma bagi duit je. Malas nak berurusan, hihi.


Ehemm. Testing ambik gambar guna anak baru, tanpa edit secalit pun :D

Monday, July 30, 2012

Temptation

Day 29.

Salam alaykum :)

Finally, I'm updating my blog. Wowwww! Hihi. As we know, harini dah hari ke-10 kita menyambut ramadhan. Puasa tahun ni lain sikit dr tahun-tahun yang lepas. Sebab? Haaaa, sebab this year zue masak!

Okay sebenarnya 2 3 hari yang awal tuu lauk semua beli kat bazar, tak sempat nak prepare barang dapur lagi untuk memasak. Maklumlah, zue jejak Kelantan satu hari before ramadhan :p

Kalau sebelum ni tugas zue bila balik Msia hanya jadi driver sepenuh masa n buat kerja-kerja yang lain tp tahun ni dah up sikit dah. Hehee. Pergi cari lauk sendiri, masak sendiri, kemas sendiri. Rasa lain pulak bila berbuka dengan lauk sendiri. Rasa segan pun ada sebab takut rasa tak best. Hahahaa.


Gigih betul pergi cari ayam. Udang pulak siap pergi beli kat Tok Bali (ni papa punya idea, hehe)

***

Result.

Orang kata semalam dah keluar. Tapi takde.

Katanya harini. But still tak ditampal. Arab tu cakap lagi 3 hari. Wallahu'alam.

Tuesday, July 17, 2012

A day after tomorrow

Salam alaykum.

Day 15.

Bukro ba3da bukro. Haaaa.

Monday, July 9, 2012

Never assume, ask.



Just because you know the translation,
doesn't mean you know the meaning.

Never assume, ask.

Hangat-hangat tahi ayam.

Salam alaykum.

Day 8.

Hohh. Haritu kemain satu hari satu entry lah kononnnnnn. Tapi, bukan salah aku pun. Salah internet ni yang buat hal. Suspended selama 2 hari -.-'

Dah 3 hari aku shopping 6jam tanpa henti. 2jam terakhir tuu jalan macam orang mabuk, terhuyung hayang (okay, yang ni tipu sikit. sikit je). Tapi bukan aku pun yang shopping, temankan kawan sehidup semati beli segala barang yang ada dalam list dia tuu. Barang-barang aku kena tunggu ada duit dulu.

Baru 8 hari cuti tp dah start tachycardia dah. Mana taknyaa, next 2 weeks dah nak keluar result. Tu janji arab lah. Harapnya bukan janji kosong. Dan yang paling diharapkan, final this year takda sangkut-sangkut. Amiinnnn! Kalau tak, habislah rosak segala plan. Nauzubillah.

Winter. Al-Azhar University, Cairo.

Wednesday, July 4, 2012

Living here for hereafter

Salam alaykum.

Day 2

Nothing much I did today. Cuma baring-baring atas katil. Pusing kiri pusing kanan, cuba habiskan bacaan tp sebab td start petang dah, so sempat habis part Fend je.


"A change of perspective is good now and then. It makes you see things from a point of view that you've never thought before."

Tuesday, July 3, 2012

Asfour

Salam alaykum.

Day 1

Bangun tido pukul 9, nak gerak pukul 10. Niceeee! Kalau aku lelaki takpe lah, tak payah iron tudung, tak payah nak betulkan tudung senget blablablaaa.

Penat bak hang nak pegi sana. Almost 2 hours. Dr Sabi' naik tramco pegi Ramsis. Dr Ramsis naik metro pegi Shoubra. Then ambik cab pegi Asfour. Dah nama pun summer, confirm laa panas tahap tak boleh nak cerita kat orangggg, kena cuba datang sini dulu!

Sampai sana aku telan air liur je. Nak beli tak mampu. Sobs sobs.

Tapi macam tak aci lah aku telan air liur sensorang, meh telan air liur sama sama :P









Sampai sana je ramai kemain budak Malaysia. Aku ingat diorang buat lawatan sambil belajar ke apa sbb semua tengah pegang pen n kertas, rupa-rupanya kalau nak beli, kena tulis kod atas kertas yang dia sediakan then bagi kat kaunter. Bayar kat situ, ambik barang kat luar. Makanya, aku pun turut serta jadi budak-lawatan-sambil-belajar.